Saturday 1 October 2011

BATUK


BATUK SERATUS HARI

Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih ( bukan warna ungu )                               asahkan pada buntut pasu ( bubuhkan sedikit air ) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya.

Minumlah air tersebut 2 kali sehari, insya Allah dalam masa 2 atau 3 hari ia akn sembuh.

BATUK BIASA ( BRONKITIS )

Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari, garam sedikit kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya.

Sesudah 5 minit rasa gatal akan hilang

TANDA-TANDA PENYAKIT INI
1-batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak.
2-pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas.
3-keadaan batuk( Bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.

CARA-CARA MENGELAK PENYAKIT INI
                        
1-bernafaslah di udara segar dan bersih
2-asap rokok khususnya adalah gangguan yang paling utama bagi penyakit ini.
3-elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain.

BUASIR


Ambil satu perdu ( satu pokok termasuk akar,daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit ( bukan belimbing buluh). Rebuskannya hingga mendidih. Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Insya Allah dalam 2 hari akan segera sembuh.

Air tersebut juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung.

Tuesday 26 April 2011

BARAH

Ianya di antara penyakit-penyakit yang paling berbahaya. Barah adalah disebabkan oleh sel-sel yang tumbuh dan membahagi tanpa berhenti.
Penyakit ini biasanya menyerang orang dewasa berumur 30 tahun ke atas.

PUNCA-PUNCA TERJADI BARAH
1- terkenanya pancaran sinar lampu ungu, sinar x, bahan kimia dan virus
2- disebabkan oleh beberapa jenis ubatan dan hormon.

ANTARA TANDA-TANDA DISERANG PENYAKIT BARAH
1-berlakunya perubahan kebiasaan membuang air besar dan kecil.
2-kerosakkan pada bahagian tubuh akibat dari luka yang tidak sembuh.
3-pendarahan yang tidak normal.
4-keluarnya cecair daripada salah satu lubang hidung, telinga dan kemaluan.
5-kurangnya nafsu makan.
6-terdapat bengkak/ kebenjolan pada badan terutamanya buah dada, kulit dan bahagian-bahagian lain.
7-berlakunya perubahan tabiat.
8-suara serak dan batuk yang berterusan.

BARAH DAGING
Ambilkan getah pokok pulai ( bunganya warna putih) dan bubuhkan ke tempat yang terlibat (kulitnya). Buatlah beberapa kali sehingga hilang.

KEMALUAN@ SEBAGAINYA(IMPROSTATE) BARAH DAGING
Ambil:
1-akar pokok delima
2-akar pokok inai
3-akar rumput kepala lalat
4-akar rumput lalang laut

Kesemua akar-akar tersebut direbus sehingga tinggal airnya setengah cerek/ periuk. Setelah dingin minumlah airnya 2 kali sehari. Lakukan sedemikian 2 kali seminggu.
Atau:

1-akar pokok mata ayam
2-akar pokok cenerai
3-akar pokok larak merah
4-akar pokok belimbing buluh
5-kulit akar pokok sengkuang
6-akar pokok kedudut
7-akar pokok tapa besi

Kesemuanya dicampur dan direbus sampai mendidih, setelah mendidih diminum 2kali sehari. Lakukan beberapa hari. Bagi penyakit BENGKAK PARU-PARU ditambahkan lagi

8- akar pokok melada pahit

BARAH DARAH
Sentiasa makan sayur petola atau labu.

MENGUBAT PENYAKIT BARAH DARAH (LEUKEMIA)

Pokok kemunting cina menghasilkan alkaloid vinblastina dan vinkristina yang boleh mengubati barah darah.
Ambil 20 gram kemunting cina(bunga warna putih atau merah) yang sudah dijemur kering lalu direbuskan, setelah airnya dingin minumlah. Minumlah 2 kali sehari dan lakukan sedemikian sehingga sembuh.

BARAH RAHIM

Ambil pohon benalu teh yang tumbuh di dataran tanah tinggi yang setinggi 750 meter dari permukaan laut.
Caranya:

Rebuslah dan minumlah airnya, amalkan selama 3bulan. Kalau kurang yakin, setelah 3bulan berbuat sedemikian, silalah berjumpa dengan doktor, apa mereka kata?
Atau..ambil getah gambir( gamber), getah keladi gatal, air asahan akar pokok melor susun dan akar melor biasa juga air/ buih gumpalan pokok pegaga besi, pegaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Semua bahan-bahan tersebut dicampur dan diratakan lalu dilumur ke rahim melalui lubang faraj.


BARAH GIGI/GUSI

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuskanlah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa.
Setelah airnya suam bubuhlah ke dalam mulut dan biarkan selama 3minit, lalu berkumur-kumur.
Buatlah 2 kali sehari, pagi dan malam lakukan selama 3 hari berturut-turut.

UBAT TAMBAH DARAH
1-makanlah sayur pucuk niding.
2-makanlah sayur pokok bayam merah

MENGHINDARKAN PENYAKIT KANSER/BARAH

Sentiasa memakan sayur buah petola atau labu.

BENGKAK-BENGKAK MERAH DI BADAN/ TERKENA ULAT

Bengkak-bengkak tersebut disebabkan oleh ulat, serangga atau sebagainya.

Ambil sepotong kunyit, kemudian parutkannya, 
bubuhkan kapur sireh dan air, 
panaskan ramuan tersebut di atas api 
dan apabila sudah sejuk, 
bubuhkan di tempat bengkak. 
Insya Allah dalam masa 5 minit akan sembuh.

BERNANAH JARI DESEBABKAN JARUM/ DURI/ TULANG IKAN

Ambil 3 sulur bawang merah, 
lalu ditumbuk jangan terlampau lumat, 
kemudian bubuh sudu besar minyak kelapa 
dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang, 
kemudian dipanaskan di atas api. 
Apabila sudah agak panas,
tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit
dan dibalutkan dengan kain pembalut luka. 
Buatlah sebanyak 3 kali sehari. 
Insya Allah dalam masa 3 hari akan sembuh.

ANAEMIA ( KURANG DARAH MERAH )

Tanda-tanda terkena penyakit ini:

1-badan menjadi sangat lemah

2-pucat dan pening kepala

3-selalu mengantuk

4-mudah terkena sakit

5-badan terlalu kurus

Cara merawatnya: 

Ambil 3 kerat lempoyang, dibasuh lalu diparut atau ditumbuk sehingga halus    ( jangan kupas kulitnya, kerana ia banyak mengandungi hormone) lalu direbus dengan air sebanyak 3 gelas dan bubuh gula Jawa secukupnya, biarkan ia mendidih sehingga tinggal 1 gelas. Setelah dingin, minumlah sebaik-baiknya sebelum tidur. Buatlah beberapa kali, dalam 3 bulan anda akan sembuh.

Atau daun bayam, ramas-ramaslah sehingga lembik, perah dan ambil airnya lalu dicampur dengan sebiji telur ayam dan di goncangkan sehingga merata. Kemudian, bubuhlah madu asli ke dalamnya dan kacaukan lalu diminum. Lakukan 1 kali sehari.

ASMA BAGI KANAK-KANAK

Jika sudah sampai ke tahap darurat,
 ambil hati keluang dan digoreng, 
buatlah selama 3 kali. 
Insya Allah dalam masa sebulan 
penyakit ini akan sembuh.